Home Berita PAS Selangor

Hari menentang penyalahgunaan dadah antarabangsa – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

37
SHARE

May be an image of 3 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Dalam bahasa kita ‘ambil dadah’ mungkin frasa yang kurang tepat kerana segala ubat-ubatan hospital dan juga farmasi merupakan sejenis dadah juga. Oleh itu, penyalahgunaan dadah adalah ungkapan paling tepat untuk merungkaikan perkara yang kita semua perlu tentangi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan, “Selamat Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah Antarabangsa”, kepada semua rakyat di luar sana. Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah disambut adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar memainkan peranan di dalam mewujudkan dunia yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ini kerana, penyalahgunaan dadah merupakan masalah sejagat dan harus dibendung dengan segera terutamanya dalam kalangan belia. Mengikut statistik, kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dikesan berlaku seawal usia tujuh tahun. Jadi sebagai ibu bapa, sentiasa awasi dan pantaulah aktiviti anak-anak anda. Jangan biarkan hidup mereka musnah di awal usia.

“Jauhi Dadah, Amalkan Hidup Sihat Bersama”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor