Home Rencana PAS Selangor

Tentang Uzlah – DMPK Kota Raja

8
SHARE

May be an image of text that says "#PESANPAGIDMPKKR TENTANG 'UZLAH Tiada yang lebih berguna bagi hati selain 'uzlah. Dengan 'uzlah, hati memasuki lapangan tafakkur. Ibnu 'Athä'illãh al-Iskandari Muslimat PAS Kota Raja MusmtPASKoto Roja muslimatpaskotaraja"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja

Antara jalan membersihkan hati adalah dengan beruzlah. Bersendirian dengan Allah dan memikirkan tentang kehidupan kita di dunia dan memikirkan bagaimana nasib kita di akhirat nanti.

Lalu kita berfikir pula tentang bagaimana kita mengisi masa yang Allah kurniakan. Dengan amal yang baikkah? Atau dengan perkara maksiat dan sia-sia?

Bagaimana pula keadaan ibadah yang dilakukan saban hari; kerana apa kita lakukan, ikhlaskah kita semata-mata kerana Allah? Akhlak kita bagaimana pula dengan ibu-bapa, suami, anak-anak dan orang sekeliling?

Hal-hal ini, apabila difikirkan secara mendalam, akan nampaklah lompong-lompong yang perlu diisi, akan nampaklah aib dan cela yang perlu diperbaiki. Jalannya adalah dengan berfikir menggunakan akal yang Tuhan kurniakan ini.

Jom, muhasabah

23 September 2021 | 16 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor