Home Berita PAS Selangor

DHPP Kuala Selangor menggerakkan aktiviti kebajikan – Ketua DHPP Kuala Selangor

18
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Dari Tabung Asnaf dan Murobitun PAS Selangor serta Lanjah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKKPNS)

Oleh : Chandrakumar a/l Palaniandy

Ketua DHPP Kuala Selangor

KUALA SELANGOR | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kuala Selangor bersama PAS Kawasan Kuala Selangor menggerakkan aktiviti kebajikan bertemu masyarakat untuk menyampaikan sumbangan.

Ketua DHPP Kuala Selangor Saudara Chandrakumar a/l Palaniandy turun bersama bagi menyampaikan sumbangan hasil perkongsian daripada DHPP Selangor . Turut bersama Kuala Selangor YDP PAS Tuan Mohd Rashid Bin Kasim seramai 10 keluarga tempatan.

Menurut laporan yang diterima bahawa mereka menyantuni penduduk rumah ke rumah. Akibatnya mereka di sini hilang pendapatan dan ada sebilangan mereka diberhentikan kerja akibat pandemik.

DHPP Kuala Selangor mengucapakan terima kasih kepada Ketua DHPP Selangor Datuk K.Deepakaran dan Cikgu Rajan sebagai AJK Lanjah Kebajikan & Unit Prihatin atas sumbangan murni ini yang diusahakan oleh mereka.

DHPP Kuala Selangor mengalu-alukan jika ada maklumat kesusahan masyarakat yang ingin dibantu boleh disalurkan kepada kami.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor