Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Cyber Trooper PAS, Bangkit Lawan Fitnah

1034
SHARE

Cyber Trooper PAS, Bangkit Lawan Fitnah

Oleh: Adila Ramzi

Naib Presiden PAS, Hj Idris Hj Ahmad, menyeru Cyber trooper PAS agar bersiap sedia dengan fitnah yang semakin menggila terutamanya menjelang pilihan raya ini.

Ulas beliau, mereka menabur fitnah kerana cemburu dengan pencapaian PAS.

Namun begitu, anak muda PAS dilihat tidak terkesan dengan fitnah media sosial yang dilemparkan.

“Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya, Cybertrooper pemfitnah tidak mampu bertahan di alam cyber.

“Apabila pemuda PAS yang celik IT akan serang balas dengan fakta dan data.

“Terus pemfitnah ini akan lari ke dalam Gua Tempurung,” kata beliau.

Tambahnya, anak muda PAS benci dengan politik fitnah dan persepsi.

Menurut beliau lagi, pemfitnah tidak ada kekuatan kerana mereka emosi, menyokong membuta tuli dan lebih menggunakan akal berbanding syariat.

Oleh itu, beliau mengingatkan kepada ahli PAS agar terus berjuang, jauhkan fitnah dan jangan biarkan fitnah merosakkan keharmonian masyarakat.