Home Berita PAS Wilayah

Penamaan Calon Batu Berlangsung dengan Aman

830
SHARE

BATU, 28 April – Proses penamaan calon bagi P115 Parlimen Batu pagi ini berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

Ketibaan calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Yahya Azhar diiringi oleh kira – kira 300 orang penyokong parti itu. Laungan takbir dan selawat bergema sejak perarakan bermula sehinggalah beliau masuk ke pusat penamaan calon di SMK Sentul Utama.

SPR pada pagi tadi mengisytiharkan kebenaran bertanding untuk calon PAS iaitu Ustaz Azhar Yahya, calon BN iaitu Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan 2 calon bebas.

Malangnya, calon dari PKR, Chua Tian Chang tidak dibenarkan bertanding kerana mempunyai kes mahkamah melibatkan denda RM2000.