Home Berita PAS Wilayah

Covid19- Anugerah Allah dan Membawa Hikmah Berpuasa Ramadan & Aidilfitri Dalam Ketakutan dan Waspada

855
SHARE

COVID-19 – ANUGERAH ALLAH SWT DAN MEMBAWA
HIKMAH BERPUASA RAMADHAN & EIDIL FITRI DIDALAM KETAKUTAN DAN WASPADA.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana telah memberi kekuatan dan keyakinan untuk kita terus beriman dengan takdir dan kekuasaan Allah swt walaupun manusia diancam dengan pelbagai risiko jangkitan virus yang mampu membawa mudharat kepada kesihatan dan kematian, dengan izin Allah SWT.

Sepanjang sebulan berpuasa, masih ada dari kalangan Ahli PAS yang masih sanggup mencurah bakti kepada masyarakat yang amat memerlukan setelah sekian lama diancam dengan tiada peluang untuk berkerja dan mendapatkan mata pencarian harian setelah PKP KKM menghalang daripada mereka keluar mencari nafkah seperti biasa. Namun Ahli dan AJK PAS Kawasan Lembah Pantai tetap bertawakkal dan berusaha untuk membantu dengan pelbagai cara:-

1. Mengumpul Dana dan Membeli Bahan-bahan Masakan Kering dan Mengagihkan kepada Penduduk yang Amat Memerlukan disekitar Kawasan Lembah Pantai.
2. Membekalkan Buah-buahan untuk Bekalan Iftar kepada Penduduk dan Frontliners Polis, Tentera, Anggota Rela serta Kementerian Kesihatan.
3. Mengedar Makanan Didalam Bentuk Pek Makanan kepada Frontliners dan juga mereka yang kurang nerkemampuan serta asnaf-asnaf di kawasan perumahan PPR sekitar Lembah Pantai.
4. Berkerjasama dengan Masjid dan Jawi didalam Progrem Tabung It’am dengan kemuncaknya kehadiran YB Menteri Agama turun hadir menyantuni Asnaf dan frontliners serta mengagihkan makanan.

PAS Lembah Pantai telah berusaha untuk turun mengambil peluang yang disediakan oleh Allah SWT, DENGAN ADA NYA ANCAMAN COVID-19 ini telah mengajak Lajnah Kebajikan PAS Lembah Pantai yang di ketuai oleh Sdra Wan Mustapha untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengenal penat lelah. Fastabiqul Khoirat adalah kata-kata semangat yang dipegang oleh ahli-ahli Lajnah Kebajikan PAS Lembah Pantai didalam situasi yang diuji ini.

Firman Allah swt

Maksudnya:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

Sebagai pemangkin kepada keyakinan beriman dengan alquran, dan sebagai hamba Allah yang beriman, apabila berlakunya musibah, maka hendaklah sentiasa mengingati Allah dan yakin akan ketentuan nya.

Firman Allah SWT:ٌ

Maksudnya : (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (Surah al-Baqarah ayat 156)

Dengan ini, PAS KAWASAN LEMBAH PANTAI ingin merakamkan penghargaan yang tinggi kepada semua ahli dan mereka yang terlibat dengan berusaha untuk menyahut seruan Allah dan khidmat terbaik sepanjang bulan Ramadhan dan ancaman COVID-19 sehingga berjaya merayakan bersama kejayaan tersebut sempena Eidul Fitri yang penuh Keberkatan ini.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Ucapan Tahniah dan Penghargaan Ikhlas dari:-

LAr. Haji Fauzi Abu Bakar
Timbalan Yang Dipertua
PAS LEMBAH PANTAI,
KUALA LUMPUR.

# P.121 LEMBAH PANTAI
# islammemimpinperpaduan
# muafakatnasionalbawaberkat
# fastabiqulkhoiraat