Home Berita PAS Sarawak

Covid-19, Ramadhan Tiba

857
SHARE

Oleh : Wanee Doni

Kuching, 12 April : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) sedang giat memperkasakan kutipan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu penduduk yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sekarang.

DMPNS menyambut baik usaha kerajaan sehubungan langkah untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang bermula pada 15 – 28 April ini.

Bagi menghadapi ambang Ramadhan yang kian tiba, pasti ramai yang merasa hiba dan terkesan ekoran lanjutan tempoh PKP yang diperintahkan oleh kerajaan.

Justeru itu, Naib Timbalan Muslimat PAS, Habsah Bujang menyeru orang ramai agar menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam (11013010073531) atas nama Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak bagi membantu mereka yang memerlukan secara berterusan dalam menghadapi ambang Ramadhan.

Habsah yang juga merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ketika ditemui berkata bahawa pada masa ini lah semangat keprihatinan dan kekitaan harus ditingkatkan oleh semua lapisan masyarakat di sekitar kejiranan kawasan masing-masing.

Ujarnya lagi, laksanakan aktiviti yang bermanfaat sempena kedatangan Ramadhan dan jadikan masa PKP ini adalah ‘quality time’ bersama keluarga tercinta.