Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Kluster baharu Taman Malim Jaya

289
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 13 Apr : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengumumkan kewujudan satu lagi kluster baharu yang dinamakan sebagai Kluster Taman Malim Jaya dalam hantaran terbaru di laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, kluster tersebut adalah kluster keluarga yang dikesan di Mukim Bachang, Daerah Melaka Tengah.

Kata JKNM, siasatan mendapati punca jangkitan disebabkan kes indeks telah berulang-alik dari Melaka ke Seri Kembangan Selangor atas urusan kerja.

Tambah JKNM lagi sehingga 13 April seramai 52 orang kontak rapat dikenalpasti pasti dengan 13 kes daripadanya disahkan positif Covid-19 yang kesemuanya adalah warganegara Malaysia.

Laporan itu juga berkata, selain kluster baharu itu kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam, Kluster DTI Machap Umboo dan Kluster Jalan Mata Kuching sementara kluster luar yang ada kaitan dengan kes Melaka ialah Kluster Jalan Harapan.

Sementara itu sebanyak 17 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini dengan 13 kes adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kategori import, sementara tiga kes lagi adalah daripada kategori Banduan/OKT/PATI.

JKNM juga melaporkan sebanyak 23 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 190 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua kes ICU dan satu kes bantuan alat pernafasan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 22 mukim berada di zon hijau dan sembilan mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 12 mukim di dalam zon hijau, 15 mukim lagi di dalam zon kuning, dan dua mukim dalam zon jingga.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 14 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara tujuh lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1767 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sarawak pula hari ini sekali lagi mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 607 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 483 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 363,940 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .

Ff