Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Kluster baharu Kopitiam Machap Baru.

238
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 5 Mei : Terdapat pertambahan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Kopitiam Machap Baru di mana kes indeks kluster ini dikesan positif setelah menjalani saringan bergejala di klinik swasta.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu, kluster ini telah dikesan apabila terdapat seramai 21 orang kontak rapat dan kontak sosial dikesan positif hasil saringan dan siasatan juga mendapati majoriti mereka (94 peratus) menjalankan aktiviti sosial di restoran tersebut.

“Kluster ini melibatkan 20 kes negeri Melaka (19 Alor Gajah, satu Jasin) dan dua kes di Tampin dengan 230 orang kontak rapat telah disaring.

“Jangkitan di dalam kluster ini dikenalpasti berpunca semasa aktiviti sosial Restoran di mana pelanggan disyaki tidak mematuhi penjarakan sosial dan tidak memakai mask dengan betul serta berada terlalu lama di dalam restoran,” kata laporan itu.

Tambah laporan itu lagi, selain kluster baharu ini, kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam, Kluster Jalan Mata Kuching, Kluster Malim Jaya, Kluster Jalan Gapam, Kluster Pengkalan Batik.

Selain itu juga Kluster Jalan Pokok Mangga, Kluster Jalan Melaka Raya, Kluster Kota Syahbandar, Kluster Jalan Kesidang, Kluster Teknologi Ayer Keroh, Kluster Kampung Hilir Air Gajah, Kluster Air Budi, Kluster Seri Jati, Kluster Sebatu, Kluster Jalan Emas dan Jalan Dahlia Lima.

Sementara itu JKNM juga melaporkan sebanyak 43 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 41 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, manakala dua kes lagi adalah kes import.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 27 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 470 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan 26 kes adalah daripada kes ICU dan enam kes lagi kategori bantuan alat pernafasan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 17 mukim berada di zon hijau, 11 mukim berada di zon kuning, dua mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam kategori zon merah iaitu mukim Kelemak.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiga mukim di dalam zon hijau, 22 mukim lagi di dalam zon kuning, dua mukim dalam zon jingga dan dua mukim lagi dalam zon merah iaitu mukim Bandar Melaka dan mukim Bukit Katil.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 12 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara lapan lagi adalah dalam zon kuning dan satu di dalam zon merah iaitu Mukim Sebatu.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3744 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1548 diikuti oleh Kelantan yang mencatatkan 480 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 424,376 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .