Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 92 kes baharu hari ini

349
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 26 Jan : Sebanyak 92 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi, daripada keseluruhan 92 kes itu, 84 daripadanya adalah kes tempatan dan masing-masing empat daripada kes Import B dan kes banduan/OKT/PATI.

JKNM juga melaporkan, sebanyak 1354 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk empat kes ICU sementara empat kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 11 mukim berada di zon hijau, 20 mukim lagi berada di zon kuning dan tiada mukim berada di dalam zon jingga atau merah.

Sementara bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiada zon hijau; 18 mukim di dalam kuning; empat mukim di dalam zon jingga; dan tujuh mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bachang (117 kes), Bandar Melaka (264 kes), Batu Berendam (101 kes), Bukit Baru (79 kes), Bukit Katil (73 kes), Cheng (44 kes) dan Sungai Udang (51 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, lima adalah di dalam zon hijau; 14 adalah zon kuning; satu mukim dalam zon jingga dan satu mukim lagi dalam zon merah iaitu mukim Serkam (46 kes).

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Serkam Tengah, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Dialisis Malim, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Tembok Kemus, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Jalan Usaha, Kluster Tapak Bina Bali Residence dan Kluster Tembok Sungai Udang, sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3585 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1295 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 610 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 190434 kes manakala semua negeri atau wilayah dilaporkan ada merekodkan kes baharu hari ini.