Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 65 kes baharu

254
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 21 Feb : Sebanyak 65 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 65 kes tersebut, 41 daripadanya adalah kes tempatan, satu adalah kes Import B dan 23 kes lagi daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 65 kes itu juga, 58 kes dikesan di Melaka Tengah, tujuh kes lagi dikesan di Jasin dan tiada kes baharu dikesan di Alor Gajah hari ini.

JKNM juga melaporkan sebanyak 31 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 764 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC termasuk 12 kes ICU sementara lima kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Teknologi Berendam dan Kluster Teknologi Lot Enam.

Selain itu, tambah laporan itu lagi, kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor, Kluster Jalan Gombak dan Kluster Perindustrian Cyber Senai.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 14 mukim berada di zon hijau, 17 mukim lagi berada di zon kuning sementara tiada mukim berada di dalam zon jingga atau zon merah.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, lapan zon hijau; 13 mukim di dalam zon kuning; tiada mukim di dalam zon jingga; dan satu mukim dalam zon merah iaitu mukim Batu Berendam (52 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 10 adalah di dalam zon hijau; 10 adalah dalam zon kuning; tiada mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (557 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3297 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Perak buat kali pertama mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1215 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 868 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 249,209 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis Indera Kayangan.