Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 638 kes sembuh, 313 kes positif baharu

79
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 22 Sept: Sebanyak 638 kes sembuh berbanding 313 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Dengan pertambahan 638 kes sembuh baharu yang direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 6230 kes masih dirawat, berkurang berbanding 6560 kes semalam dengan 51 kes adalah daripada kes ICU dan 24 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Menurut JKN Melaka, daripada 313 kes positif baharu itu, 311 kes adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import B dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 258 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 27 kes di Daerah Jasin dan 28 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Laporan kes kematian

Menurut jabatan itu lagi, sebanyak lima kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan empat daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan dua orang mangsa wanita berumur 39 dan 73 tahun dan dua orang mangsa lelaki berumur 81 dan 91 tahun.

Manakala satu kes lagi direkodkan di Daerah Alor Gajah melibatkan seorang mangsa wanita berumur 32 tahun.

Kluster baharu

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 14,990 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 15,759 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,142,924 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2414 kes diikuti oleh Sarawak dengan 1712 kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.