Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 41 kes baharu

365
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 31 Mac : Sebanyak 41 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 41 kes tersebut 22 kes adalah daripada kategori kes tempatan, 18 kes kategori Banduan/OKT/PATI dan satu kes lagi adalah daripada kes import.

JKNM juga melaporkan sebanyak 17 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 194 kes masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Kampung Gedang, Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Teknologi Lot Enam dan Kluster DTI Machap Umboo sementara kluster luar yang ada kaitan dengan kes Melaka ialah Kluster Jalan Satang (HKL), Kluster Bunga Tanjung Bendahara (Kedah) dan Kluster Jalan Harapan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 23 mukim berada di zon hijau dan lapan mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 11 mukim di dalam zon hijau, 17 mukim lagi di dalam zon kuning, dan satu mukim dalam zon merah iaitu mukim Batu Berendam.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 15 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara enam lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1482 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 661 kes, diikuti oleh Pulau Pinang yang mencatatkan 200 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 345,500 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.