Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 380 kes baharu, 3 kematian

230
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 28 Mei : Sebanyak 380 kes jangkitan dan tiga kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 380 kes baharu itu 211 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 27 kes lagi daripada Daerah Jasin dan 142 kes dikesan di Daerah Alor Gajah;

JKNM turut melaporkan daripada keseluruhan kes baharu itu juga sebanyak 375 kes adalah daripada kategori tempatan dan lima kes lagi daripada kes import.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 226 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2047 kes masih dirawat dengan 68 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

JKNM juga melaporkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian diumumkan pada hari ini di mana ketiga-tiga kes itu dikesan di Daerah Alor Gajah.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki, berumur 63 tahun dari Mukim Kelemak, Alor Gajah di mana kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan obesiti selain mempunyai kontak kerja kes positif di Subang Jaya.

Kes kedua pula melibatkan seorang wanita berusia 83 tahun daripada Mukim Kemuning, Alor Gajah di mana kes dikesan positif melalui saringan kontak rapat keluarga (Kluster Kemuning) dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Kes ketiga pula melibatkan seorang wanita berumur 69 tahun dari Mukim Sungai Baru Tengah, daerah Alor Gajah yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, kerosakan buah pinggang tahap tiga, dementia kronik dengan psikosis dan strok.

“Kes merupakan kontak rapat keluarga dengan anaknya yang juga pesakit positif Covid-19 daripada Kluster Air Budi (Alor Gajah),” kata laporan itu.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan 8290 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2052 kes diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 830 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 61 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 549,514 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .