Oleh IBNU JANIE
AYER KEROH, 30 Sept: Sebanyak 344 kes sembuh baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini berbanding 194 kes positif baharu seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut JKN Melaka, ini menjadikan sebanyak 5678 kes masih dirawat, berkurang berbanding 5828 kes semalam dengan 39 kes adalah daripada kes ICU dan 21 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.
Tambah JKN Melaka lagi, daripada 194 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 189 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kes import B dan empat kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.
Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 160 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, sembilan kes di Daerah Jasin dan 25 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.
Laporan kematian
Sebanyak empat kes kematian direkodkan hari ini dengan semua mangsa adalah lelaki di mana dua daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah berumur 49 dan 25 tahun, satu kes di Alor Gajah berumur 70 tahun dan satu kes lagi di Daerah Jasin dengan mangsa berumur 59 tahun.
Laporan kluster
Tiada kluster baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini.
Laporan seluruh negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 12,735 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 12,434 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,245,695 kes.
Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2487 kes, diikuti oleh Selangor dengan 1940 kes, Johor (1241), Kelantan (1232), Kedah (1033), Sabah (993), Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Negeri Sembilan (132), Perlis (97), Putrajaya (28) sementara Labuan merekodkan satu kes sahaja.
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA
JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.
Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.
Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.
|