Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 3 mangsa dengan sejarah penyakit obesiti, antara 8 maut

175
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 10 Ogos: Tiga orang mangsa dengan sejarah penyakit obesiti adalah antara lapan kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu, mangsa pertama seorang lelaki berumur 27 dari Daerah Jasin; mangsa kedua seorang lelaki berumur 34 tahun dari Daerah Alor Gajah dan mangsa ketiga pula seorang wanita berumur 45 tahun juga dari Daerah Alor Gajah.

Lima lagi kes kematian melibatkan tiga mangsa berasal dari Daerah Melaka Tengah dan masing-masing satu kes di Alor Gajah dan Jasin yang berumur antara 31 dan 58 tahun.

Kes positif baharu

Menurut laporan itu lagi, sebanyak 578 kes positif baharu dikesan di negeri ini hari ini, di mana 572 kes adalah daripada kategori kes tempatan, enam kes daripada kategori kes import dan tiada kes bagi kategori banduan/OKT/PATI.

Kata laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 377 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 75 kes di Daerah Jasin dan 126 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 440 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 5700 kes masih dirawat dengan 115 kes adalah daripada kes ICU dan 30 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 578 kes hari ini ialah, 101 kes melibatkan kluster kilang; 223 kes melibatkan kontak keluarga; tiada kes melibatkan institusi penjara; 29 kes melibatkan tempat kerja bukan kilang, sementara 102 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Ĺaporan kluster

Terdapat satu kluster baharu dilaporkan pada hari ini yang dikesan di Daerah Alor Gajah iaitu Kluster Jalan Masjid Tanah-2 yang merupakan kluster tempat kerja melibatkan sebuah kilang dengan 34 kes positif telah direkodkan setakat hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 16.0 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 9.0 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 19,991 kes positif baharu, 201 kes kematian baharu dan 16,258 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 230,762 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,299,767 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 7338 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 2374 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.