Oleh IBNU JANIE
AYER KEROH, 21 Sept: Hanya tiga kes kematian dan 264 kes positif baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut jabatan itu lagi, daripada tiga kes kematian baharu itu, dua daripadanya dikesan di Daerah Alor Gajah melibatkan seorang mangsa wanita berumur 76 tahun dan seorang mangsa lelaki berumur 62 tahun.
Manakala satu kes lagi direkodkan di Daerah Jasin melibatkan seorang mangsa lelaki berumur 89 tahun.
Kes positif
Menurut JKN Melaka, daripada 264 kes positif baharu itu, 258 kes adalah daripada kategori kes tempatan, lima kes daripada kategori kes import B dan satu kes kategori banduan/OKT/PATI.
Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 102 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 55 kes di Daerah Jasin dan 107 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.
Sebanyak 270 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 6560 kes masih dirawat, berkurang berbanding 6569 kes semalam dengan 53 kes adalah daripada kes ICU dan 19 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.
Kluster baharu
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Laporan seluruh negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 15,759 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 14,345 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,127,394 kes.
Sarawak mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3732 kes diikuti oleh Johor dengan 1959 kes.
Selain itu Selangor mencatatkan 1,934 kes, Pulau Pinang (1,417), Kelantan (1,338), Sabah (1,291), Perak (1,184), Kedah (786) kes dan Pahang (707).
Sementara Terengganu mencatatkan 592 kes, Kuala Lumpur (359), Negeri Sembilan (127), Putrajaya (34), Perlis (23) dan Labuan (12).
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV. Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi. |