Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 290 kes baharu, satu kematian

120
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 4 Jul : Sebanyak 290 kes positif dan satu kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKNM, daripada 290 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 264 kes adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import dan 24 kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah JKNM lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 144 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 36 kes di Daerah Jasin dan 110 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Jabatan itu juga berkata sebanyak 187 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2706 kes masih dirawat berbanding 2604 semalam dengan 72 kes adalah daripada kes ICU dan 22 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian

Tambah JKNM lagi, satu kes kematian direkodkan hari ini melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun dari Mukim Kuala Sungai Baru, Daerah Alor Gajah yang mendapat jangkitan secara sporadik.

Mangsa yang mula disahkan positif pada 29 Jun lepas itu mempunyai sejarah penyakit darah tinggi; kolestrol; penyakit buah pinggang kronik; dan kegagalan jantung.

Laporan kluster

JKNM, turut mengisytiharkan Kluster Jalan Kolej Yayasan tamat hari ini di mana kluster ini telah merekodkan sebanyak 34 kes kumulatif.

Tiada pertambahan kluster baharu dilaporkan sementara 33 kluster direkodkan masih aktif di Negeri Melaka pada hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 6045 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini, berbanding 6658 kes semalam.

Selain itu, 63 kes kematian baharu direkodkan hari ini berbanding 107 kes semalam, sementara 5271 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini berbanding 5677 kes semalam.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 67,669 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 778,652 kes.

Selangor pula kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2262 kes hari ini, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 616 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.