Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 200 kes baharu hari ini.

79
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 6 Okt: Sebanyak 200 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 200 kes positif baharu itu, 192 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kes import A dan tujuh kes daripada kes import B.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 150 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 26 kes di Daerah Jasin dan 24 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 544 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 4143 kes masih dirawat, berkurang berbanding 4489 kes semalam dengan 36 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian

Menurut JKN Melaka, sebanyak dua kes kematian direkodkan hari ini dengan kedua-dua kes melibatkan mangsa wanita dan dikesan di Daerah Melaka Tengah berumur 82 dan 86 tahun.

Laporan kluster

Tambah JKN Melaka, dua kluster lagi dilaporkan tamat hari iaitu Kluster Jalan PBR12 yang merupakan kluster tempat kerja yang telah mengumpul 25 kes positif dan Kluster Jalan Saujana Indah yang merupakan kluster institusi pendidikan yang telah mengumpul 77 kes positif.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini sementara 41 kluster lagi masih aktif.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 9380 kes baharu direkodkan hari ini meningkat berbanding 8817 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,303,837 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1503 kes, diikuti oleh Kelantan 1170 kes,
Selangor (1116), Johor (1105), Sabah (790), Terengganu (704) dan Perak (629).

Manakala Pulau Pinang pula merekod 623 kes, Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Negeri Sembilan (191), Perlis (42), Putrajaya (18) manakala Labuan pula merekodkan hanya lapan ke kes.

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.