Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 184 kes jangkitan, 1 kematian baharu.

193
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 10 Jun : Sebanyak 184 kes jangkitan dan satu kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 184 kes jangkitan baharu itu, 176 kes adalah daripada kategori tempatan, tujuh kes adalah daripada kategori import sementara satu kes lagi adalah daripada kategori banduan/OKT.

JKNM turut melaporkan bahawa daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 109 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 39 kes di Daerah Jasin dan 36 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Jabatan itu juga berkata sebanyak 213 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2036 kes masih dirawat dengan 50 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Hanya satu kes kematian direkodkan di Negeri Melaka hari ini melibatkan mangsa seorang lelaki berumur 50 tahun, berasal daripada Mukim Bukit Katil Daerah Melaka Tengah.

Laporan kluster

Satu kluster diumumkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Pengkalan Batik yang telah mengumpul 91 kes menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri Melaka ialah sebanyak 28 kluster.

Terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 27 kes daripada Kluster Industri Batu Berendam; lima kes Kluster Batu 16 Bemban; enam kes daripada Kluster Industri Pengkalan Balak; dua kes daripada Kluster Jalan Alor Gajah Lama; satu kes daripada Kluster Kampung Hilir Alor Gajah dan satu kes lagi daripada Kluster Kilometer 35 Kemendor

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 5671 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini, lebih rendah daripada semalam.

Selangor pula kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri namun lebih rendah daripada semalam iaitu sebanyak 1510 kes diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 769 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 73 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 639,562 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.