Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 154 kes positif baharu

147
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 3 Nov: Sebanyak 154 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 154 kes positif baharu itu, 147 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes daripada kategori import A, tiga kes daripada kategori kes import B, sementara empat kes lagi direkodkan bagi kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 107 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 38 kes di Daerah Jasin dan sembilan kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 318 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 2037 kes masih dirawat, dengan 20 kes adalah daripada kes ICU dan enam kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kematian

Dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini dengan kedua-dua mangsa berasal dari Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang wanita berumur 93 tahun dan seorang lelaki berumur 67 tahun.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan manakala satu kluster pula dilaporkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Graha Makmur yang melibatkan 81 kes kumulatif, menjadikan sebanyak 15 kluster masih aktif pada masa ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 5291 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,486,630 kes.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1167 kes, diikuti oleh Sabah dengan 675 kes, Kelantan (565), Sarawak (540), Johor (441), Kedah (381) dan Pahang (316).

Pulau Pinang pula merekodkan 246 kes, Terengganu (209), Kuala Lumpur (199), Perak (190), Negeri Sembilan (156), Perlis (27), Putrajaya (19), sementara Labuan pula hanya merekodkan enam kes.