Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 150 kes baharu

251
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 9 Jun : Sebanyak 150 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodķan di negeri Melaka hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 150 kes jangkitan baharu itu, 144 kes adalah daripada kategori tempatan sementara enam kes lagi adalah daripada kategori import.

JKNM turut melaporkan bahawa daripada keseluruhan kes baharu itu juga 74 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 32 kes di Daerah Jasin dan 44 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Jabatan itu juga berkata sebanyak 167 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2066 kes masih dirawat dengan 45 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Terdapat tiga kematian dilaporkan namun tiada perincian diberikan oleh pihak JKNM.

Laporan kluster

Masih terdapat 28 kluster aktif di negeri Melaka dan terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu enam kes dari Kluster Industri Batu Berendam; lima kes Kluster BT 16 Bemban; satu kes Kluster Jalan Usaha Tujuh; empat kes Kluster Terendak Permai dan empat daripada Kluster Industri Pengkalan Balak

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 6239 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini, lebih tinggi daripada semalam.

Selangor pula kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri juga lebih tinggi daripada semalam iaitu sebanyak 2291 kes diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 704 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 75 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 633,891 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.