Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 141 kes baharu!

475
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 5 Feb : 141 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 141 kes itu, 139 daripadanya adalah kes tempatan sementara dua lagi adalah kes Import B.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 141 kes itu, 34 kes dikesan di Melaka Tengah, enam kes di Alor Gajah sementara 101 kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 1012 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk 11 kes ICU sementara lapan kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Sementara itu bagi status zon-zon di mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, tujuh mukim berada di zon hijau, 23 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga manakala satu mukim dalam zon merah iatu mukim Sungai Baru Tengah (79 kes)

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, satu zon hijau; 19 mukim di dalam zon kuning; tiga mukim di dalam zon jingga; dan enam mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bachang (107 kes), Bandar Melaka (266 kes), Batu Berendam (84 kes), Bukit Baru (91 kes), Bukit Katil (47 kes) dan Sungai Udang (59 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, lima adalah di dalam zon hijau; 12 adalah dalam zon kuning; tiga mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (329 kes).

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah dan Kluster Industri Serkam, sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3391 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1228 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 598 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 234,874 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.



Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842