Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 1 kes kematian dan 216 kes positif baharu hari ini

107
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 2 Okt: Hanya satu kes kematian, sementara sebanyak 216 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, kes kematian tersebut direkodkan di Mukim Batang Melaka dalam Daerah Jasin melibatkan seorang wanita berumur 42 tahun.

Kes positif baharu

Tambah JKN Melaka lagi, daripada 216 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 210 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, enam kes daripada kes import B dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI, kata laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 164 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 16 kes di Daerah Jasin dan 36 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 465 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5283 kes masih dirawat, berkurang berbanding 5533 kes semalam dengan 39 kes adalah daripada kes ICU dan 22 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini sementara satu kluster dilaporkan tamat iaitu Kluster Industri Plot Lapan yang merupakan kluster tempat kerja dan telah mengumpul 144 kes positif.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 10,915 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 11,889 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,268,499 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2121 kes, diikuti oleh Selangor dengan 1386 kes, Kelantan (1288), Johor (1124), Perak (862), Terengganu (818), Sabah (784), Pulau Pinang (768), Kedah (574), Pahang (504), Kuala Lumpur (171), Negeri Sembilan (211), Perlis (58), Putrajaya (26) sementara Labuan merekodkan empat kes sahaja.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.