Home Kenyataan Media PAS Johor

Covid-19 : Kerja tungkus lumus, kini berhasil

188
SHARE

COVID-19 : KERJA TUNGKUS LUMUS SEBELUM INI, KINI MEMPERLIHATKAN HASIL

Hasil kerja keras dan tungkuslumus pihak Kerajaan bermula dari awal dan ketika serangan wabak memuncak sehingga melebihi 20 ribu jangkitan sehari sebelum ini, kini membuahkan hasil.

Walaupun ketika itu Kerajaan sering dicerca dan diperlekehkan oleh pelbagai pihak namun Kerajaan terus fokus dengan strategi pemulihan yang diyakini dan tidak melayani golongan-golongan yang berpandangan negatif tersebut.

Keberanian pihak Kerajaan diperingkat awal berbelanja untuk membeli vaksin lebih dari jumlah penduduk memberi keuntungan kepada negara.
Hampir keseluruhan rakyat dewasa dan remaja negara ini sudah divaksin.

Jangkitan positif Covid-19 harian kini sudah di bawah 10 ribu dan terus menurun hari demi hari.
Prestasi kawalan Covid-19 negara hari ini antara yg terbaik di dunia termasuk mengatasi beberapa negara-negara maju seperti Amerika dan Australia, 80- 90 peratus pesakit Covid-19 sudah boleh balik rumah tiada lagi kesesakan di hospital-hospital dan wad-wad ICU.

Kini kita sudah sedia untuk masuk ke tahap suntikan pertahanan tambahan/ booster atau vaksin ke-3 dengan mendahulukan golongan berisiko tinggi.

Para frontliner sudah bole balik ke rumah masing-masing tidak lagi berkampung di hospital-hospital.
Aktiviti ekonomi dan perniagaan sudah beransur-ansur
kembali seperti biasa.

Namun, rakyat sentiasa diingatkan supaya sentiasa berhati-hati. Kelonggaran pergerakkan yang diizinkan, boleh rentas daerah dan negeri jangan menjadikan kita lalai dan leka kerana kita masih belum bebas sepenuhnya. SOP mesti terus diamalkan, kawalan diri dan keluarga mesti terus dipertingkatkan.

Tahniah diucapkan kepada pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato Seri’ Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Pengerusi Program Pemulihan Negara yang juga bekas PM ke-8.

Marilah kita terus berganding bahu dan menyokong semua usaha-usaha baik pihak Kerajaan agar negara pulih sepenuhnya dan bebas Covid-19.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)