Home Kenyataan Media PAS Johor

Arak TIMAH : Kerajaan mesti bertindak tegas, pantas dan tiada kompromi

49
SHARE

ARAK TIMAH : KERAJAAN MESTI BERTINDAK TEGAS, PANTAS DAN TIADA KOMPROMI

Lagi sekali umat Islam di negara ini dikejutkan iaitu isu arak yang berjenama dengan nama yang sinonim dengan nama penduduk Melayu Islam negara ini iaitu Fatimah yang disingkatkan menjadi ‘Timah’. Tidak sekadar nama tetapi juga gambar yang dipaparkan pada botol arak tersebut iaitu lelaki berjanggut dan berkopiah yang menjadi amalan berpakaian lelaki muslim.

PAS Johor membantah dengan sekeras-kerasnya berhubung dengan isu ini, ia bukan sahaja sekadar nama dan gambar pada arak tersebut tetapi juga industri arak di dalam negara ini secara keseluruhannya mesti dikaji semula oleh pihak Kerajaan.

Dunia secara umum mengenali negara kita adalah sebuah negara Islam sebarang industri yang berunsur pelanggaran kepada hukum Islam seperti arak, judi dan sebagainya mesti dihadkan dan beransur-ansur ianya diharamkan.

Kami meminta kepada pihak Kerajaan supaya bertindak dengan lebih tegas dan pantas bagi membendung perkara ini dan jangan sekali-kali berkompromi dengan pihak yang telah bertindak melampau dan tidak menghormati sensitiviti majoriti penduduk negara ini.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)