Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Cipta Sejarah Lebih Gemilang 2020!

589
SHARE

Cipta Sejarah Lebih Gemilang 2020!

Lembaran 2019 sudah berlabuh dengan penuh detik dan nostalgia dicipta. Semua episod sepanjang tahun ini ada hikmah tersembunyi dan pasti ada peluang dan ruang untuk kita terus memperbaiki diri dan melangkah lebih baik insyaallah.

Firman Allah Surah al Ankabut ayat 69:

‎ وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Seiring matlamat hidup di atas bumiNya sebagai khalifah dan hambaNya, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru ahli-ahli gerakan dan wargamaya semuanya untuk menetapkan azam baru pada tahun 2020 ini demi memperbaiki diri untuk lebih taqarrub dengan Allahu subhanahu wa taala.

Bulatkan tekad dan teruslah melangkah walau dihimpit kesulitan kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang bantu menegakkan agamaNya.

Sehubungan dengan itu, Kami daripada saff kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Berhijrah menjadi insan yang berakhlak, berwawasan, berintegriti dan dinamik! Bersama mencipta Malaysia Sejahtera untuk membina negara harmoni, aman dan masa depan gemilang buat generasi akan datang!

Siiru ‘ala barakatillah.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

“ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Jamadil Awal 1441H
1 Januari 2020