Home Berita PAS Johor

Cikgu Mala puji keperihatinan anak muda

111
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

SEKIJANG, 2 Mac: Keperihatinan anak muda di sini terhadap isu-isu semasa menarik perhatian Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi N.04 Kemelah, Normala Sudirman atau Cikgu Mala.

Pagi tadi, ketika turun bertemu pengundi di bandar Segamat, beliau sempat bertemu dengan sekumpulan anak muda yang kebetulan sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di sini.

Hasil perbualan dengan mereka katanya, rata-rata anak muda di sini menunjukkan pengetahuan yang amat baik terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

“Biasanya, golongan anak muda ini kita tahu, tidak begitu berminat dengan soal-soal berkaitan politik, namun lain pula yang berlaku di sini, mereka mempunyai pengetahuan yang amat baik apabila bercakap berkenaan dengan isu-isu semasa khasnya yang berlaku di negeri ini.

“Ini sikap yang harus dipuji bahkan kematangan mereka ini seharusnya dicontohi oleh golongan muda yang lain di negara ini kerana merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan negara tidak lama lagi,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan menyeru mereka supaya menunaikan hak selaku pengundi pada 12 Mac nanti.

“Kepada semua anak muda, khasnya yang berusia 18 tahun dan ke atas, jangan lupa untuk turun mengundi pada hari pengundian nanti,” katanya.