Home Melaka

Celoteh Hang Luku | Peningnya PH nak buang imej hancing

325
SHARE

Oleh HANG LUKU

BARU-BARU ini Hang Luku terjumpa dengan seorang kawan yang juga aktivis Pakatan Harapan (PH). Dia luahkan pada Hang Luku betapa susahnya dia nak berkempen meyakinkan pengundi-pengundi untuk mengundi PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.

Dia kata bila dia bercakap saja orang akan kata hancing dan kencing. Marah betul dia kepada pimpinan PH yang sebelum ni berjanji macam-macam semasa kempen PRU-14 tetapi bila dah jadi kerajaan semua janji dicapatikan. Rakyat dikencing hingga timbul bau hancing.

 

Hang Luku cuma tergelak sahajalah mendengar keluhan rakan Hang Luku tu… tapi tergelak dalam hati sajalah, takkan nak tergelak depan-depan dia, kan?

Hang Luku menyatakan simpati Hang Luku atas kesusahan dia itu. Ialah bukan salah orang macai bawahan macam dia. Yang salah pemimpin mereka yang suka berjanji tetapi sebenarnya hancing!

Sekarang ni mana-mana ruangan komen di media sosial milik mereka atau berita-berita tentang kenyataan pemimpin PH di laman-laman media massa kita akan nampak orang letak komen, kalau tak kencing, hancing. Marah betul rakyat!

Yang kelakar tu walau pun dah jadi macam tu tapi pemimpin-pemimpin mereka masih lagi menabur janji untuk PRU-15. Ish ish ish… tak serik-serik…

PH dengan kencingnya, Barisan Nasional (BN) pula tak habis-habis dengan usaha nak melepaskan pemimpin mereka yang rasuah daripada dihukum. Pun tak serik-serik walau pernah ditolak rakyat dalam PRU14.

Yang pasti jangan pening-pening. Undi sahajalah PERIKATAN NASIONAL, insya-Allah tak menyesal. BERSIH DAN STABIL

HANG LUKU : tetap undi PERIKATAN NASIONAL

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH