Home Melaka

Celoteh Hang Luku | Geng parti MUDA buat hal lagi!

737
SHARE

Oleh HANG LUKU

Boleh minum arak asalkan tidak memandu

SEMALAM tular beberapa gambar memaparkan beberapa individu yang memakai baju bercetak nama parti MUDA sedang duduk meminum arak.

Sebagai presiden, Saddiq pantas menjawab di dalam Facebook beliau yang memberi maksud tidak mengapalah minum arak jika tidak memandu. Hang Luku tepuk dahi juga baca!

Kredit foto : Google

Ada beberapa isu yang Saddiq tidak ulas. Yang pertama Saddiq tidak menafikan bahawa individu-individu yang ada dalam foto itu adalah aktivis parti MUDA.

Yang kedua adakah mereka Muslim? Sebab terlihat ada songkok dan sajadah tersidai di satu sudut di dalam gambar itu. Kalau ada antara mereka yang minum itu Muslim wajarkah Saddiq mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Yang ketiga, walau pun Islam sahaja mengharamkan arak, sedangkan Hindu, Buddha, Kristian dan agama lain tidak mengharamkannya, namun meminum arak juga adalah sesuatu yang bersalahan dengan moral dan kemanusiaan.

Sebab itu arak boleh dijual hanya pada yang berumur 18 tahun ke atas dan ada had premis yang boleh menjualnya. Sebab ia bukan sesuatu yang baik sama seperti merokok dan berjudi.

Sebagai ahli politik adakah wajar Saddiq mempertahankannya? Adakah semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan dan populariti Saddiq sanggup bertolak ansur dengan aktiviti tidak bermoral?

Berapa banyak kes orang mati kemalangan dengan pemandu mabuk. Saddiq tak sensitif ke? Adakah ini golongan muda yang kita harap untuk memimpin negara kita dalam masa terdekat ini?

Nota tapak kaki : Ni yang Hang Luku rasa ringan je tangan nak meluku!!


Laaa… apa yang MUDAnya?

KELMARIN pula Hang Luku terbaca berita tersiar di sebuah portal berita, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq. Katanya parti MUDA ni terbuka pada semua kaum dan semua peringkat umur.

Kata laporan itu, Saddiq berkata sesiapa pun boleh bertanding jawatan-jawatan dalam parti MUDA ini. Maknanya tiada had umur untuk menyertai atau bertanding jawatan dalam parti MUDA ini.

 

 

Pening juga Hang Luku memikirkan. Selama ini Hang Luku ingatkan parti ini istimewa untuk orang muda sahaja. Ingatkan bila sesiapa yang menyertai parti ini, bila seseorang itu sudah melebihi had umur muda maka dia tidak lagi boleh memegang jawatan dalam parti.

Sebelum ini lama juga isu ini jadi perbincangan. Sebagai contoh isu pertubuhan belia yang dipimpin oleh golongan tua kerana tiada had umur memegang jawatan dalam pertubuhan belia itu. Rasanya ada usaha-usaha untuk mengehadkan usia penyertaan atau pemegang jawatan organisasi seperti ini.

Kerana berasakan bahawa orang muda ini eksklusif dan tidak suka dengan budaya orang-orang yang tidak muda maka MUDA ini ditubuhkan. Jadi, ingatkan parti MUDA ini ditubuhkan untuk mengatasi isu yang membelenggu organisasi belia yang Hang Luku cakap tadi.

Itulah, mungkin masa idea ni difikir dalam otak memang gempak ala-ala di luar kotak. Kononnya ia sebuah parti yang khas untuk anak muda dan tidak terikat dengan golongan tua. Tapi bila dah dilaksanakan baru nampak tak praktikal.

Mungkin Saddiq baru terfikir kalau parti MUDA dihadkan kepada bawah 40 tahun contohnya, sampai masa Saddiq pun tak boleh lagi pegang jawatan. Mungkin baru terasa ia merugikan!

Ini agaknya yang Atuk pernah cakap, semua orang nak jadi presiden parti. Jadi mereka tubuh parti sendiri untuk jadi presiden.

Nampaknya parti MUDA pun kena ada sayap pemuda dan srikandi muda jugalah nampaknya. Tentu ada jawatan Ketua Pemuda parti MUDA. Janggal wei bunyinya!!

Dan tidak mustahil juga seorang yang berumur 90 tahun pun boleh menjadi presiden parti MUDA. Jadi apa yang mudanya? Hahaha…

Nota tapak kaki : Hanya di syurga sahaja semua orang adalah muda.