Home Berita PAS Johor

Calon Profesional PN sah bertanding Simpang Jeram

111
SHARE
Gambar Aiman Azlisham

Oleh NAZIRUL MUNIR

Muar, 26 Ogos – Calon Profesional Perikatan Nasional-PAS, Dr Mazri Yahya yang merupakan seorang pakar bedah sah bertanding di DUN Simpang Jeram.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N13 Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah sewaktu pengumuman calon yang bertanding di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, di sini pada jam 10.15 pagi.

Dr Mazri akan menentang calon Pakatan Harapan-PAN, Ir Nazri Rahman dan seorang lagi calon bebas iaitu S Jegananthan.

Sebelum ini, Kerusi DUN Simpang Jeram telah dimenangi oleh Salahudin Ayub daripada Pakatan Harapan (Amanah) pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang lepas dengan memperolehi 8,749 undi menewaskan calon Perikatan Nasional-PAS, Zarul Salleh (6,350 undi), Barisan Nasional, Lokman Md Don (6,062 undi) serta Mahaizal Mahmor dari Pejuang yang hanya memperoleh 208 undi.

Pada PRN Johor yang lepas Barisan Nasional telah membentuk kerajaan setelah memenangi 40 kerusi, manakala Pakatan Harapan & MUDA memperolehi 13 kerusi, Perikatan Nasional memperolehi 3 kerusi, sementara Pejuang pula tidak mendapat sebarang kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 24 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.