Home Kenyataan Media PAS Kelantan

50,000 dijangka hadiri munajat

1,269 views
SHARE

KOTA BHARU: Kira-kira 50,000 rakyat dijangka memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke-1V pada awal pagi 8 Mei ini dalam misi mempertahankan kerajaan negeri.

Program munajat dan solat hajat itu sering diadakan setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), yang menyaksikan kehadiran puluhan rakyat Kelantan biar pun diadakan awal pagi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, program itu akan bermula jam 4.30 pagi yang dihadiri semua pimpinan PAS, pendokong Islam dan rakyat Kelantan.

“Semua rakyat Kelantan dijemput menghadiri program itu untuk sama-sama kita mempertahankan kerajaan negeri di bawah pimpinan ulama.

“Dianggar seramai 30,000 sehingga 50,000 rakyat Kelantan dijangka hadir pada program itu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini. – HARAKAHDAILY 2/5/2018