Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Calon N.048 Puan Salmah : Pendidik Mulia, Rakyat Sejahtera

1106
SHARE

Oleh : Hanan

“Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

Puan Salmah binti Ab Latiff, seorang ibu yang mempunyai lima orang cahaya mata adalah seorang pendidik yang komited. Beliau merupakan seorang guru Pra-Sekolah Swasta di Shah Alam yang juga berpengalaman mengajar anak-anak PASTI di Tapah.

Calon N.048 ini adalah pemegang Certificate of Merit – Oxford Essential Reading iaitu salah satu pensijilan Kemahiran Bahasa Inggeris. Bukan calang – calang orang! Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari sekolah Inggeris iaitu Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan.

Dalam kesibukan menjadi seorang pengajar, beliau masih mampu menyusun masa untuk bergiat aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa NGO MyHawa dan Erat Perak.

Penglibatan beliau sebagai aktivis Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menambahkan lagi kredibiliti beliau yang sudah sedia diakui.

Kelebihan yang dimiliki oleh Puan Salmah melayakkan beliau untuk menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Tapah sejak tahun 2003 hingga kini. Dalam kesibukan sebagai KDM kawasan Tapah, beliau tetap diberikan kepercayaan untuk menjadi salah seorang daripada Exco Muslimat PAS Negeri Perak.

Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pendidik adalah penyayang, ikhlas, jujur terhadap ilmu yang disampaikan dan sering mendoakan kebaikan buat anak didiknya.

Amatlah rugi jika para pengundi N.048 tidak memanfaatkan seseorang yang mempunyai ciri sebegini untuk memimpin mereka.

Maka, saya menyeru marilah kita memberi sepenuh kepercayaan kepada Puan Salmah di N.048 DUN Ayer Kuning sekaligus menaikkan martabat seorang pendidik ke peringkat yang lebih tinggi.

#YaAllahMenangkanPAS
#PRU14
#calon
#pakar
#undilahPAS
#GE14
#rakyatmemilih
#MalaysiaSejahtera
#up