Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tangan Yang Menghayun Buaian Tangkas di Medan Juang: Calon Bukit Kayu Hitam N.05 Habsah binti Bakar.

1239
SHARE

Oleh: Nur Jannah


Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia. Itu mungkin ungkapan yang biasa kita dengar mengenai kehebatan seorang wanita. Selain dari mampu menjaga dan mendidik zuriat sendiri, wanita juga mampu memikul amanah ke arah membina negara.

Siapa sangka calon bagi DUN N.05 Bukit Kayu Hitam, Habsah bin Bakar adalah seorang suri hati keluarga namun kini bakal menjadi suri rakyat untuk memimpin masyarakat.

Berumur 57 tahun dan berkeluarga, sudah tentu harapan untuk membina Malaysia Sejahtera mesti dilaksanakan demi kesejahteraan generasi mendatang.

Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Manusia) dan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Sumber Keluarga) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mantan Prof. Madya Keusahawanan di universiti yang sama.

Penglibatan belia dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah tidak asing lagi.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia. Selain itu, beliau juga menjadi ahli Badan Perhubungan PAS Kedah dan merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kubang Pasu.

Di samping itu, jasa beliau kepada masyarakat juga tidak kurang hebatnya. Antara sumbangan beliau adalah menjadi AJK Pembangunan Wanita, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Negeri Kedah. Selain itu, beliau juga merupakan AJK Kebajikan Juvana Daerah Kubang Pasu dan AJK Persatuan Pemulihan Orang Cacat Daerah Kubang Pasu.

Kini beliau bersedia dan yakin dengan niat Lillahitaala’ untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat demi mencapai Mardhatillah. Wanita hebat ini bakal bertanding di N.05 Bukit Kayu Hitam demi mencapai Malaysia Sejahtera yang pastinya berlandaskan syariat Islam.

Ayuh kita sama-sama memberi sokongan kepada wanita hebat ini di N.05 Bukit Kayu Hitam.

#YaAllahMenangkanPAS#PRU14
#calon
#pakar
#undilahPAS
#rakyatmemilih
#MalaysiaSejahtera
#up