Home Berita PAS Kedah

Bukan nak gaduh, hanya nak membetulkan kesilapan yang disebarkan-Sanusi

265
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 2 APRIL – Walaupun masih dalam keadaan berpuasa, tetapi ada sahaja berita-berita yang tidak benar disebarkan. Hal ini tidak lain hanyalah untuk menyerang pentadbiran Negeri Kedah bagi membina persepsi Kedah akan mengalami kerugian kerana ditadbir oleh pembangkang.

YAB Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor dalam ucapannya di Majlis Semarak Kasih Ramadan semalam menyangkal soalan yang baru-baru ini dibina di Dewan Rakyat  bahawa Kedah merupakan salah satu negeri yang paling banyak kehilangan Tanah Rizab Melayu. Malah Sanusi menyatakan bahawa Kedah antara 3 negeri yang memiliki Tanah Rizab Melayu yang terbesar selain Kelantan dan Terengganu.

Beliau juga memaklumkan bahawa Tanah Rizab Melayu di Negeri Kedah masih ada lagi kira-kira 700 000 hektar lebih luas berbanding dengan keluasan di Perlis. Disebabkan persepsi yang dibina berkaitan Tanah Rizab tersebut, beliau telah mengarahkan pihak BPG untuk mengeluarkan angka yang tepat dan lebih terperinci.

Beliau menyatakan segala sangkalan beliau bukan untuk bergaduh, tetapi hanya untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah disebarkan.

“ Bila kita nak perbetul kesilapan-kesilapan tu, dia kata kita nak cari gaduh. Ini masalah orang la ni”

“Kita bukan nak cari gaduh, tak dak guna sekupang pun memerintah sambil bergaduh. Tapi kalau hak kita dicabul, hak kita  tidak diberikan, gambaran buruk ditimpakan kat kita dengan tidak benar, fakta-fakta yang tidak benar, kita mesti lawan untuk perbetulkan kesalahan!” ujarnya dengan tegas.

Beliau turut mengulas isu berkaitan tidak dibenarkan untuk menyertai aktiviti persekutuan yang tular baru-baru ini.  Beliau mengingatkan walaupun tanpa kehadiran beliau di LIMA, LIMA harus berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah air dan sampah.

“Pastikan air berjalan paling baik sekali, supaya tidak memalukan Kerjaan Negeri.” Ujarnya.

Di akhir ucapan, beliau menasihati agar kerajaan hari ini untuk berlumba-lumba membuat kebaikkan dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi boleh mendatangkan faedah kepada rakyat.