Home Berita PAS Kedah

Buka Klinik Bantuan Guaman bantu selesai masalah

144
SHARE

PEDU, 30 Dis – ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin membuka Klinik Bantuan Guaman kepada penduduk Pedu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan perundangan, Sabtu lalu.

Khidmat guaman percuma itu dikendalikan oleh dua peguam yang mempunyai kepakaran dalam tiga bidang yang menjadi tumpuan iaitu Undang-Undang Kekeluargaan, harta, dan hak individu jika ditahan polis.