Home Berita PAS Melaka

Bubur Lambuk Melaka Dan Pasar Sejahtera

880
SHARE

DURIAN TUNGGAL, 6 JUN : Bubur Lambuk amat terkenal terutama menjelangnya Bulan Ramadan. Ia menjadi sajian utama dalam juadah berbuka puasa disamping samping dijadikan juadah untuk bersedekah kepada masyarakat setempat. 

Majlis Tindakan Dun Durian Tunggal (MTD DT) telah mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadan Durian Tunggal petang semalam.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang di jalankan oleh MTD DT setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Menurut Pengarah MTD DT, Saudara Azman Ahmat, pada Ramadan kali ini edaran samada bubur lambuk dan kurma dibuat setiap hari Isnin.

Turut sama hadir mengedarkan bubur lambuk Penyelia Dun Durian Tunggal, Tuan Haji Mohsin Ibrahim.

Pada masa yang sama Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah mengambil kesempatan menganjurkan “Pasar Sejahtera” yang berkonsepkan ‘free market’.

Menurut Ketua Muslimat Puan Hajah Noriah Sudin, Pasar Sejahtera adalah untuk memberi barangan yang diinfak oleh ahli-ahli PAS dalam Kawasan Alor Gajah dan diedar secara ‘percuma’ kepada pengunjung bazar yang berminat.

Selain pakaian muslimin, muslimat dan kanak-kanak barangan yang disumbangkan antaranya set cawan, pinggan, mangkuk, hiasan khat, bingkai gambar dan sebagainya.

Menurut Hajah Noriah lagi, sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada pengunjung malahan dalam tempoh satu jam sahaja barangan telah habis diedarkan.

Kepada pengunjung yang ketinggalan, MTD DT akan menganjurkan program ini pada hari dan masa yang sama minggu hadapan.

{jathumbnail off}