Home Berita PAS Kedah

BPPNK santuni asnaf DUN Derga

160
SHARE

Oleh AMAL NABILA

ALOR SETAR – Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK) meneruskan Program Semarak Ramadan dengan menziarahi dan menyantuni golongan asnaf di Kampung Bakar Sampah, Derga, semalam.

Program Semarak Ramadan ini adalah aktiviti tahunan BPPNK di seluruh kawasan negeri Kedah setiap kali menjelang bulan Ramadan dengan kehadiran wakil daripada BPPNK.

Ziarah yang diketuai oleh ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim hadir menyantuni lima rumah asnaf dan diteruskan dengan menyampaikan 30 pek bantuan kepada penduduk yang terpilih di Surau Taman Serindit.

Hadir sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, YB Romani Wan Salin, Timbalan Yang Dipertua, Sheikh Muhammad Rodi Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, Ketua Ulama Kawasan, Ustaz Abu Khoir Ayub, Ketua Muslimat Kawasan, Ustazah Mekiah Shamsuddin dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Ahmad Hamadah Shauki.