Bola Beracun Meletus di Fastaqim 2.0
KUALA NERUS, 30 Sept – Pertandingan Bola Beracun juga menjadi salah satu sukan yang dimainkan dengan meriah di Sukan Pantai, Pantai Tok Jembal hari ini.
Permainan ini menuntut ketangkasan fizikal untuk mengelakkan diri dari terkena bola beracun yang dibaling ke arah para pemain.
Pertandingan yang memperlihatkan aksi ketangkasan pemain ini telah dimenangi oleh adik Mariam Maisarah dan Anges Berlina bagi kategori remaja. Manakala ketegori dewasa pula dimenangi oleh Nor Diyana Huda Yusaini dan Siti Hajar Zainal.
Bola beracun ini dilontar kepada pemain. Syaratnya pemain perlu mengelak daripada terkena bola beracun ini. Telatah lucu, suasana mendebarkan dan kadang-kala mencemaskan menambahkan lagi kemeriahan permainan ini.