Home Fastaqim

Tuah Buat Yang Bijak, Teliti dan Tepat

707
SHARE

Tuah Buat Yang Bijak, Teliti dan Tepat

KUALA NERUS, 30 Sept – Pertandingan Teka Guli adalah antara Sukan Pantai yang dipertandingkan di Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pagi tadi.

Pertandingan ini terbuka kepada semua individu tanpa mengira had umur.

Peserta hanya perlu mengira dan menganggarkan jumlah guli yang terdapat di dalam balang yang disediakan oleh pihak penganjur.

Ketelitian, ketepatan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mengira bilangan guli yang terdapat di dalam balang tersebut.

Pemenang dikira daripada tekaan jumlah yang tepat atau paling hampir dengan jumlah sebenar.

Tahniah kepada pemenang yang berjaya meneka jumlah guli dengan tepat iaitu Samsul Bahriah dari Pahang, diikuti oleh Zaliha Jusoh, dan Siti Fatihah Ghazali dari Wilayah Persekutuan di tempat ke-3.

Pelbagai aksi dan gelagat dilihat tatkala peserta meneka jumlah guli ini.

Ada yang mengira menggunakan kalkulator telefon bimbit, ada yang menggunakan jari dan ada juga yang mencatat di kertas dan buku catitan masing-masing.