Home Fastaqim

Sandwic Buat Ibu Tersayang

2221
SHARE

Sandwic Buat Ibu Tersayang

KUALA NERUS, 30 Sept – Pertandingan Sandwic Ibu dan Anak juga antara pertandingan yang mendapat sambutan meriah dari pengunjung Fastaqim 2.0. Pertandingan ini menyaksikan gandingan mantap ibu dan anak dalam menyediakan sandwic yang sedap.

Gandingan ibu dan anak ini berentap bagi menyediakan hidangan sandwic yang lazat, berkhasiat dan mempunyai daya tarikan sendiri untuk merebut gelaran pemenang. Ibu-ibu telah bersiap sedia dengan menu sandwic dari rumah beserta pinggan dan hiasan dari rumah.

Detik bermulanya pertandingan ini, si ibu rancak menyusun ramuan manakala si anak pantas menyediakan roti disapu dengan majerin.

Gandingan yang merangkul tempat pertama dalam menghasilkan Sandwic Ibu dan Anak tersedap, berkhasiat dan tercantik adalah Puan Kamarias Nor Dollah dan adik Nur Ain Syuhada Zolkifli.

Tempat kedua pula disandang oleh Puan Mastura Mahadi dan adik Siti Nur Annisa Mohd Bakri. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puan Zainah Yusof dan adik Mohd Ghazali Ibrahim.

Jadikan hobi memasak bersama–sama begini sebagai aktiviti mengikat kasih sayang sesama ahli keluarga. Bina keluarga anda dengan mendidik anak supaya ringan tulang dalam membantu urusan memasak agar kelak mereka mampu menyediakan makanan buat keluarga.

Tahniah buat ibu dan anak yang telah menjayakan pertandingan ini. Ibu ‘awesome’, anak hebat!