Home Berita PAS Wilayah

BN Bermasalah, PH Bukan Pengganti Yang Lebih Baik

2458
SHARE

1. Atas perintah melakukan islah dan suruhan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, PAS Kawasan Batu tekad menyertai Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sebagai blok ke-3; menjadi pilihan baru buat pengundi Parlimen Batu.

2. PAS, dengan jiwa besar dan optimis, menggembleng usaha bersama Gagasan Sejahtera (GS) di tengah-tengah antara dua blok politik konvensional sedia ada demi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sejahtera seperti yang digagaskan oleh PAS dalam Wawasan Negara Induk Sejahtera (WINS).

3. PAS sedar bahawa Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) hari ini sedang mengalami masalah integriti dan kelemahan tadbir urus yang kritikal. Pakatan Harapan (PH) yang berhadapan dengan isu ideologi dan kepimpinan yang bermasalah pula bukanlah pengganti yang lebih baik untuk meneraju Kerajaan yang dibentuk pasca PRU14 akan datang.

4. Justeru, PAS tampil dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) menawarkan penyelesaian berasaskan Islam; antaranya, seperti yang telah dikemukakan dalam Dokumen Hijau. PAS tegas bahawa hanya dengan Islam, rakyat dan negara ini akan sejahtera. Islam adalah rahmat buat semua.

5. Oleh itu, saya menyeru dan merayu kepada para pengundi Parlimen Batu untuk memberikan kepercayaan dan sokongan kepada PAS.

”Kita Sejahtera Bersama”

”Sejahtera Bersama Islam”

USTAZ AZHAR BIN YAHYA
YDP PAS Kawasan Batu

Tarikh :
Khamis, 18 Jan. 2018 | 01 Jamadilawal 1439H