Home Berita PAS Melaka

Sudut BMF: Jom ‘support’ kedai-kedai makan di Pantai Pengkalan Balak

1154
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

SAYA memang suka melepak di kedai-kedai makan tepi pantai. Dua tempat yang saya suka melepak bila ‘tension‘ ialah tepi pantai dan R&R Lebuh Raya (abaikan yang kedua tu). Sebab Pantai Pengkalan Balak tu pantai terdekat dengan rumah saya maka di situlah saya suka melepak untuk tenangkan fikiran dan untuk mencari ilham menulis.

Beberapa hari lepas saya melepak di sebuah kedai makan favourite saya berhampiran menara pengawal pantai Angkatan Pertahanan Awam (APM). Saya suka makan nasi ayam percik yang dijual di situ. Sebagai pengidap sakit jantung saya terpaksa makan makanan yang tidak berminyak dan tidak bergoreng. Nasi ayam percik tu memang sesuai untuk orang-orang macam saya.

Semasa membayar makanan, ‘kakak cashier’ kedai makan itu mengeluh pada saya kerana pelanggan sangat kurang sekarang ini kerana orang ramai tidak boleh datang berkelah di tepi pantai seperti dulu.

Memang benar sudah tidak ramai pengunjung datang ke Pantai Pengkalan Balak. Lengang! Cuma segelintir pengunjung yang kelihatan. Barangkali mereka juga pengunjung tegar seperti saya yang suka melepak minum di tepi pantai.

Saya katakan pada ‘kakak cashier’ itu mungkin orang ramai fikir yang kedai-kedai makan di situ tidak beroperasi kerana PKPB. Sebab itu pelanggan tidak datang. Oleh kerana tidak ramai yang datang pula maka banyaklah kedai makan yang menutup sementara operasi.

Jadi saya ingin mengajak orang ramai supaya beramai-ramai lepak makan dan minum, berbelanja di kedai-kedai makan di Pantai Pengkalan Balak dan pantai-pantai sekitarnya seperti Pantai Padang Kemunting, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Sungai Tuang dan lain-lain lagi. Lebih bagus jika anda membelanja saudara-mara dan kawan-kawan makan di sini.

Berkelah memang tak boleh, tapi makan di kedai makan tak salah, asalkan ikut SOP. Atau pun beli di sini makanlah di rumah. Betul tak?

Tapi syok tau lepak makan minum tepi pantai. Lebih-lebih lagi di Pantai Pengkalan Balak yang indah.

Penulis adalah Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Masjid Tanah

 


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)