Home Berita PAS Negeri Sembilan

Bina Masyarakat Prihatin serta Amal BPMS

41
SHARE

 

Oleh: RUSILAH MD SOM

SENDAYAN, 12 Ogos: “Marilah kita bersama membina masyarakat yang prihatin serta mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) ” ujar calon Perikatan Nasional (PN), N. 27 RANTAU, ROZMAL MALAKAN.

Rozmal Malakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat, petugas dan juga penyokong PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Rozmal yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Rembau, akan berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang prihatin dengan mengambil tahu permasaalahan serta bertindak pada setiap aduan yang dikemukakan andai beliau terpilih menjadi wakil rakyat di sini.

Menurutnya, rakyat perlu dididik agar mempunyai sifat prihatin kepada saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling fentang permasalahan yang dihadapi serta perlukan bantuan yang mendesak.

Tambahnya lagi, sewaktu tempoh berkempen semenjak penamaan calon 29 Julai lalu hingga semalam, Rozmal mengingatkan petugas kempen agar membawa pendekatan politik Islam, iaitu dengan mengamalkan BPMS.

Justeru, katanya, “Saya merasa amat bertuah dan bersyukur dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang baru terdiri daripada pelbagai lapisan umur, kaum, fahaman politik di sini serta sahabat dari Melaka dan Perlis yang datang membantu, semoga ukhuwah kita semakin erat dan berpanjangan. ”

Hari ini, 12 Ogos merupakan tarikh keramat pengundi di enam buah negeri memilih Wakil Rakyat masing-masing dalam Pilihanraya Negeri kali ke-15.