Bertindak Mengikut Strategi dan Matlamat
PAS tidak membuat sesuatu keputusan politik untuk sekadar memuaskan hati manusia tetapi dengan berpandukan panduan daripada Allah, Tuhan yang mencipta manusia. Manusia yang bertuhankan akal sentiasa melihat tindakan orang lain serba tidak kena dan jarang benar-benar berpuashati.
Seumpama cerita dua beranak dengan keldai.
Apabila keldai ditunggang si anak, diheret si bapa, orang berkata; anak tak kasihankan bapa.
Apabila keldai ditunggang si bapa, diheret si anak, dikatakan bapa tidak kasihankan anak.
Apabila keldai ditunggang si anak dan bapa, dikatakan pula si anak dan bapa tidak kasihankan keldai.
Apabila keldai tidak ditunggang sesiapa, hanya diheret mereka berdua, dikatakan pula tidak cerdik kerana tidak dimanfaatkan keldai.
Sebenarnya semua situasi itu boleh berlaku berdasarkan tuntutan keperluan, matlmat dan keadaan yang berbeza.
Entah siapa manusia dan siapa keldai!!!
Demikianlah, apabila PAS mengumumkan bertanding 80 kerusi, dikatakan PAS tidak serius menjadi kerajaan.
Apabila diumumkan pula bertanding 130 kerusi dikatakan pula ia bertujuan memenangkan BN.
Apabila diumumkan pula bertanding 160 kerusi, ditanya pula, di mana dana diperolehi?
Demikianlah manusia. Apa yang penting PAS bertindak mengikut strategi tersendiri berperingkat bagi mencapai matlamat tersendiri. Insyallah PRU ke 14 milik PAS!!!
Dr Khairuddin Takiri