Home Berita PAS Wilayah

PAS kekalkan yang baik, yang kurang ditambah, yang buruk dibaiki

1044
SHARE

BATU, 17 April – Ziarah rakyat ke Pasar Malam sekitar Batu diteruskan lagi ke lokasi berikutnya iaitu Pasar Malam Taman Dato’ Senu.

Ziarah rakyat ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Batu untuk menyantuni masyarakat setempat yang datang membeli barang keperluan di situ semalam.

Program yang bermula pada jam 6.30 petang itu, diketuai oleh Ustaz Azhar Yahya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Batu dan disambut baik oleh lebih kurang 500 orang peniaga serta pengunjung yang ada. Ini dapat dilihat dari tumpuan yang diberikan oleh mereka kepada perkongsian santai yang diberikan oleh beliau.

Ustaz Azhar menyebut tentang sistem mualamat berlandaskan syariah Islam yang semakin mendapat tempat di Malaysia seperti kewujudan Bank Islam, Ar-Rahnu, Takaful dan lain – lain lagi. “Sistem – sistem yang baik ini akan terus dikekalkan jika PAS memerintah dan apa yang kurang, kita tambah, yang buruk kita baiki,” ujar beliau lagi.

Ustaz Azhar yang sering menyampaikan ceramah agama di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Batu dilihat sangat dikenali oleh para penduduk di sini.

Sebelum meninggalkan tapak pasar malam itu, beliau sempat menyeru dan merayu agar para pengundi dapat memberikan sokongan dan undi kepada PAS pada PRU14 ini.