Home Berita PAS Sabah

Bersiap sedia menghadapi Pilihanraya

88
SHARE

Nurul Hazimah

23 Mei 2024

KALABAKAN : “Pilihanraya bukanlah sekadar sebuah proses demokrasi tetapi ia adalah medan perjuangan untuk membawa masa depan negeri dan negara kepada acuan islam,” kata Yang dipertua PAS Kawasan Kalabakan, Ahmad Dullah.

Menurutnya, pilihanraya adalah medan dimana kita berjuang untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.

“Untuk mencapai kemenangan yang kita impikan, kita perlu berpegang teguh kepada matlamat yang bersungguh,”jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptema pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Kabalakan kali ke 13 di salah sebuah Hotel di kawasan ini.

Ahmad Dullah turut menegaskan bahawa semua sayap parti hendaklah terus berperanan di tempat yang telah diposisikan.

“Perkasakan jemaah PAS ini berlandaskan prinsip istiqomah di atas perjuangan aqidah serta tempuhi perjalanan ini dengan penuh kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran bagi mengisi kemenangan PRN 17 Sabah,” tegasnya lagi.