Home Berita PAS Perak

‘Lima Dekad Mendepani Cabaran,’ PAS Teluk Intan teruskan perjuangan

67
SHARE

Oleh : Nur Asilah Noor

Teluk Intan, 22 Mei : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Teluk Intan telah berlangsung sebagaimana yang dirancang bertempat di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan, (KOMPASTI) pagi tadi.

Mesyuarat Agung kali ini yang telah mencapai tahun ke 50 membawa tema ‘Lima Dekad Mendepani Cabaran’ menjadikan PAS Teluk Intan matang seusia dengan penubuhannya.

“Pengorbanan pemimpin terdahulu menggalas tugas sebagai pelopor mencari, mendidik dan mentarbiah ahli amat besar untuk sampai ke tahap yang sedang kita nikmati sekarang,” kata Yang DiPertua PAS, Mohd Azhar Rafiei ketika ucapan pembukaan pagi tersebut.

Ujarnya lagi, aset berharga seperti PASTI, SRITI dan KOMPASTI menjadi kayu ukur perjuangan ahli terawal yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam usaha mendaulatkan Agama Islam.

Lebih menarik, buat julung kalinya PAS Teluk Intan menampilkan figura Muslimat muda, Ahli Parlimen Kepala Batas, Yang Berhormat Dr. Siti Mastura Muhammad bagi menyempurnakan perasmian.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Yang Berhormat Nadziruddin Bandi, wakil Badan Perhubungan PAS Perak, Rizal Abdullah serta ahli jawatankuasa yang lain.