Home Artikel PAS Pulau Pinang

Bersedia Mendepani Cabaran Politik Yang Pantas

271 views
SHARE

Oleh: UMMU AL – FATEH

KEPALA BATAS: Semua ahli serta pimpinan di pelbagai peringkat perlu peka dengan senario politik semasa yang membawa implikasi kepada rakyat serta kepada kita semua di negara ini.

Demikian antara isi ucapan Ustaz Muhamad Fauzi Yusof Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang sempena Konvensyen Pilihanraya 2.0 peringkat negeri yang diadakan pada 6 Februari 2019 di Markaz Tarbiyah PAS Negeri, Pongsu Seribu.

“Kita hendaklah memastikan tanzim dan organisasi kita kuat. Kekuatan jentera kita bermula dari peringkat cawangan hingga ke atas, perlu anjakan yang bersepadu supaya kita menjadi arus yang dapat membawa orang lain bersama kita bukan kita mengikut arus orang lain semasa taawun bersama mereka.

“Strategi PRU 15 tidak sama dengan PRU 14. Justeru semua ahli perlu memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan melaksanakan strategi menolak keburukan DAP yang saban hari semakin mencengkam kehidupan rakyat dan mengancam kedudukan Islam,” jelas beliau.

Ustaz Muhamad Fauzi turut menyeru jentera pilihanraya untuk beriltizam menguatkan organisasi supaya kita sentiasa dilihat kuat sehingga keadaan ini mengheret musuh terpaksa menghadapi kita sebelum melaksanakan agenda kepentingan mereka sendiri.

Mengakhiri ucapan, Ustaz Muhammad Fauzi menjelaskan tentang Kepimpinan Islam sedang yang dibawa oleh PAS turut melibatkan orang-orang Islam dari parti lain yang bertanding. Mereka diseru untuk bersama-sama PAS bagi memperkuatkan kuasa umat Islam di negara ini.